Friday, November 27, 2009

Bismillahuakbar!

Bergotong royong menjayakan ibadah korban











Jumaat 27 Nov 2009

Sejurus selepas Solat Jumaat, berbondong-bondong warga kampung - baik lelaki, perempuan, tua, muda maupun kanak-kanak telah pergi ke masjid untuk sama-sama bergotong royong menjayakan ibadah korban untuk tahun ini.

Sebanyak empat ekor lembu dan seekor kambing telah dikorbankan. Seekor rusa juga telah disedekahkan oleh angkatan belia kg.
Tahniah dan syabas atas semangat tolong menolong dan kerjasama yang diamalkan oleh semua. Semoga usaha kita diberkati Allah s.w.t dan sama-samalah kita berdoa agar usaha sebegini dapat dijadikan budaya yang berterusan pada masa akan datang Insya Allah.




Tuesday, October 27, 2009

Tahniah Buat Semua

Hubungan yang baik antara satu dengan yang lain khususnya antara muslim yang satu dengan yang lainnya merupakan sesuatu yang harus dijalin dengan sebaik-baiknya. Ini kerana Allah telah menggariskan bahawa mukmin itu bersaudara. Oleh sebab itu segala bentuk sikap dan sifat yang akan memperkukuh dan memantapkan persaudaraan harus dijalin dan dipelihara, sedangkan segala bentuk sikap dan sifat yang dapat merosak ukhuwah harus dihilangkan. Moga hubungan ukhuwah islamiyah itu tetap terjalin dengan baik, salah satu sifat positif yang harus dipenuhi adalah husnuzh zhan (berbaik sangka).

Tahniah buat rakan-rakan di Kg.Pengkalan Durian yang telah mula bersama-sama berusaha memajukan kampung kita.

Monday, October 26, 2009

Mesyuarat Belia Kg Pengkalan Durian 25 Oktober 2009



Ahad 26 Oktober 2009. Bertempat Balai Raya Rumah Rakyat Kampung Pengkalan Durian membincangkan hal ehwal belia. Antara yang dibincangkan adalah:
1. Sijil Persatuan Belia:
2. Pengurusan kompleks sukan dan astaka kampung;
3. Penggunaan komputer di bilik belia dan budaya berinternet;
4. Pertandingan memancing/ acara "survivor" di sungai; dan
5. Majlis korban untuk menumbangkan lembu dan rusa di hari raya haji.

Mesyuarat seterusnya ditetapkan pada 21 November 2009.

Thursday, October 22, 2009

Mesyuarat Belia Kg Pengkalan Durian

Pada hari Ahad ini 25 Oktober 2009 adalah dimaklumkan bahawa suatu mesyuarat belia akan diadakan di balai raya kg di rumah rakyat pada jam 2 ptg. Semua dijemput hadir untuk sama-sama terlibat dalam perkembangan dan kesejahteraan kampung kita.

Saturday, October 17, 2009

Bismillahirrahmanirrahim

Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani. Adalah diharapkan agar blog ini akan menjadi blog rasmi kg pengkalan durian sebagai wadah atau forum untuk semua warga pengkalan durian berbincang dan berkongsi pendapat dalam meningkatkan kemakmuran dan kesejahteraan desa bertuah ini.

Seiring dengan arus teknologi maklumat dan alam siber adalah diharapkan agar warga desa ini dapat memanfaatkannya sebaik mungkin.

Sesiapa sahaja boleh memberi komen secara terus menerus. Sesiapa yang ingin menjadi co-authors atau pengarang bersama, sila maklum atau hantar SMS pada sdr Abdul Rahman Redza di talian 0133972973 dan beri alamat email anda.

Selamat ber'blogging. Moga blog dan usaha ini diberkati Allah swt. Wassalam.